Bagaimana menulis resume yang dapat menarik perhatian majikan ?

Bagaimana menulis resume yang dapat menarik perhatian majikan ?

 

Kata orang kalau kita sudah banyak kali memohon kerja tetapi susah nak dipanggil temuduga bermaksud ada masalah dengan resume kita. Manakala, kalau sudah pergi banyak temuduga tapi susah mahu dapat kerja maka ada masalah ketika proses temuduga tersebut. 

 

Jadi kita perlu semak masalah kita pada bahagian mana? Susah dapat panggilan temuduga atau susah dapat kerja selepas temuduga?

 

Sekiranya kita susah dapat panggilan temuduga maka kita perlu perbaiki cara kita menulis resume. Mungkin kita dah hantar permohonan kepada 10 syarikat, namun hanya 1 syarikat saja yang panggil kita untuk temuduga, itu bermaksud resume anda gagal menarik perhatian majikan.

 

Resume yang bagus ialah yang dapat menarik perhatian majikan untuk panggil kita temuduga. Sekiranya kita hantar 10 permohonan kerja, kita dapat 7 ke 8 panggilan temuduga. Ini tidak mustahil jika kita tahu cara yang betul untuk menulis resume kita.

 

Fungsi resume.

 

Apakah fungsi resume? 

Fungsi resume ialah untuk mengiklankan diri kita kepada majikan. Resume kita mesti mampu menaikan keinginan majikan untuk berkenalan lebih lanjut dengan kita. 

 

Apabila majikan mahu berkenalan dengan kita maka mereka akan panggil kita untuk datang ke pejabat mereka.Inilah proses temuduga, temuduga bukannya proses menyoal siasat seperti di balai polis. Temuduga ialah proses kita saling berkenalan antara satu sama lain.

 

Majikan mahu mengenali anda, dan anda juga mahu berkenalan dengan majikan. Apabila anda ada cara berfikir begini, anda tidaklah terlalu takut untuk datang temuduga.

 

Bagaimana mahu tulis resume yang mampu menaikan keinginan majikan untuk berkenalan dengan kita?

 

Caranya ialah dengan kita memberikan perkara yang majikan mahu. Logik bukan?

 

Setiap majikan sudah ada kriteria pekerja yang mereka mahu. Kita boleh lihat senarai kriteria tersebut di dalam tawaran kerja yang mereka iklankan. Resume kita mesti menjawab setiap perkara seperti di dalam tawaran kerja.

 

Analogi mudahnya seperti kita menjawab kertas peperiksaan. Tawaran kerja itu ialah soalan peperiksaan manakala resume itu adalah kertas jawapan kita. Oleh itu, resume yang terbaik ialah resume yang dapat menjawab setiap perkara di dalam tawaran kerja.

 

Dari analogi kita dapat faham yang kita tidak boleh hantar satu resume kepada banyak tawaran kerja. Ini kerana setiap tawaran kerja mempunyai kriteria yang berbeza. Satu resume sesuai untuk satu tawaran kerja saja. 

 

Kita mesti olah resume kita mengikut tawaran kerja yang kita pohon.

 

Jika sebelum ini, anda hantar satu resume kepada banyak tawaran kerja maka ubahla cara yang tidak betul itu. Itu lah punca terbesar anda sukar dapat panggilan temuduga.

 

Proses majikan memilih pekerja.

 

Sebelum kita pergi macam mana nak tulis resume, kita mesti faham bagaimanakah proses majikan atau HR memilih pekerja?

 

Majikan akan menerima berpuluh atau beratus permohonan kerja setelah mereka buka tawaran kerja. Lagi-lagi untuk syarikat yang besar atau ternama lagilah bertimbun permohonan kerja yang mereka terima.

 

Oleh itu, proses pertama yang akan dilakukan oleh majikan atau HR ialah proses menapis resume yang mereka nak baca. Mereka tidak ada masa untuk baca setiap resume yang masuk.

 

Mereka akan tapis dahulu resume mana yang perlu diberi perhatian lebih. Mereka akan tapis mengikut kriteria yang mereka cari.  

 

Ini antara contoh minimal kriteria yang dicari oleh majikan.  

 

1. Kelayakan minima Degree dalam bidang tersebut.

2.CGPA 3.00 ke atas.

3.Mahir menggunakan Microsoft Excel.

4.Mempunyai skil kepimpinan.

5.Boleh bekerja diluar kawasan.

 

Majikan akan imbas sepintas lalu resume untuk pastikan ianya menepati kelayakan minima yang mereka tetapkan seperti di atas. Sekiranya, mereka tidak jumpa di dalam resume anda maka resume anda tidak akan diberi perhatian.

 

Selain itu, sekiranya anda menghantar resume melalui email sila gunakan alamat email yang profesional seperti ali.abu@gmail.com , jangan gunakan alamat email yang pelik-pelik yang tidak profesioanal seperti ali_naruto_sasuke@gmail.com.

 

Email hendaklah di tulis secara profesional. Pastikan tidak berlaku sebarang kesalahan seperti salah ejaan dan sebagainya. Kesalahan ini menunjukan anda seorang yang cuai. Ini akan mempengaruhi proses tapisan resume anda. 

 

Anda mungkin rasa perkara ini adalah perkara yang kecil. Tidak begitu ya.

 

“How you do anything is how you do everything.”

 

Jika tugasan menghantar email yang sangat mudah ini anda boleh buat kesalahan, apatah lagi tugasan yang besar dan rumit, sudah tentu anda boleh buat banyak lagi kesalahan.

 

Setelah majikan tapis semua resume dan pastikan semua resume menepati kriteria yang diperlukan, baru majikan akan pergi ke fasa seterusnya iaitu membaca resume anda secara terperinci.

 

Pada fasa ini mereka teliti kekuatan dan kelebihan anda. Mungkin pada fasa ini mereka akan semak diri anda dilaman sosial seperti linkedIn untuk melihat karektor anda diluar.

 

Ada setengah majikan akan menelefon anda dahulu untuk tapisan seterusnya sebelum mereka panggil anda untuk temuduga secara bersemuka. Ianya bergantung pada majikan juga. Lagi tinggi jawatan anda, lagilah ketat tapisan yang dibuat.

 

Apabila kita faham proses majikan menapis resume, barulah kita ada idea bagaimana untuk olah resume yang dapat menarik perhatian majikan.

 

Formula K-S-A

 

Kita boleh gunakan formula K-S-A untuk menulis resume. Formula ini telah dikongsikan oleh penceramah di dalam latihan kerjaya anjuran Career Cube tempohari. Setiap tawaran kerja akan ada 3 perkara iaitu K-knowledge, S-skill dan A-attitude.

 

Knowledge ialah pengetahuan yang diperlukan untuk sesuatu kerja. Kita boleh masukan degree atau diploma yang kita ambil, mata CGPA  kita dan subjek matapelajaran yang kita pelajari. Sebaiknya masukan 3 subjek yang berkaitan dengan jawatan kerja yang dipohon.

 

Skill ialah kemahiran yang diperlukan untuk membuat kerja tersebut. Contohnya seperti kemahiran menggunakan Microsoft Excel, Software account, Adobe Photoshop dan sebagainya.

 

Attitude pula ialah sikap, cara berfikir dan juga soft-skill yang diperlukan untuk kerja tersebut. Contohnya seperti skil kepimpinan (leadership), boleh bekerja dalam kumpulan (teamwork), kreatif dan sebagainya.

 

Attitude ini hanya boleh dibuktikan melalui jawatan, penglibatan atau pengalaman kerja kita. Oleh itu, sekiranya anda pernah memegang jawatan dalam persatuan, kelab dan sukan masukan dalam resume anda.

 

Sekiranya anda pernah mengurus projek atau event masukan dalam resume anda. Masukan juga pengalaman kerja yang anda rasa ianya dapat menaikan nilai diri anda dimata majikan. Majikan akan baca dengan teliti untuk mencari bukti-bukti attitude di dalam resume anda.

 

Contohnya seperti anda pernah memegang jawatan Vice President di dalam persatuan, ini menunjukan anda ada skil kepimpinan, skil berunding, skil mengurus dan boleh berkerja dalam kumpulan.

 

Kita mestilah mampu untuk mengenalpasti K-S-A samaada yang tersurat atau tersirat di dalam tawaran kerja yang dipohon.

 

Vacancy of Administrative Officer.

 

Job brief

We are looking for an Administrative Officer to join our team and support our daily office procedures.

 

Requirements

  • Candidate should possess Post Graduate Diploma, Bachelor Degree or Professional Degrees such as Business Management, Office Administration, or equivalent.
  • Experience with office management software like MS Office (MS Excel and MS Word, specifically)
  • Strong organization skills with a problem-solving attitude.
  • Excellent written and verbal communication skills.
  • Attention to detail.

 
Responsibilities

  • Manage office supplies stock and place orders
  • Prepare regular reports on expenses and office budgets
  • Maintain and update company databases
  • Organize a filing system for important and confidential company documents
  • Answer queries by employees and clients
  • Maintain a company calendar and schedule appointments
  • Book meeting rooms as required
  • Distribute and store correspondence (e.g. letters, emails and packages)
  • Prepare reports and presentations with statistical data, as assigned.
  • Arrange travel and accommodations
  • Schedule in-house and external events

 

Di atas adalah contoh iklan tawaran kerja yang telah diwarnakan mengikut 3 formula K-S-A.

 

K-knowledge berwarna kuning

Dalam tawaran kerja di atas kita boleh faham majikan mencari pekerja yang ada pengetahuan di dalam bidang busines management , office administration dan juga yang setara.

 

Anda boleh masukan diploma atau degree yang anda belajar dan CGPA pointer anda ke dalam resume. Masukan juga 3 subjek yang berkaitan dengan bidang yang di pohon.

 

S-skill berwarna merah

Dalam tawaran kerja ini majikan mencari pekerja yang berpengalaman menggunakan software Microsoft Excel dan Words.

 

Berpengalaman dalam industri bermaksud skil anda perlu berada pada tahap intermediate sekurang-kurangnya.

 

Kita ambil contoh skil Excel. Bagaimana yang dikatakan skil Excel anda berada pada tahap intermediate dan ke atas?

 

Anda mestilah boleh menyusun dan merekod data dengan teratur dan sistematik menggunakan fungsi Table. Anda berkebolehan untuk menggunakan formula-formula yang biasa digunakan di dalam industri seperti date, time dan text formula.

 

Sekiranya anda dikehendaki melakukan analisa data anda mampu menggunakan Look Up Reference formula dan Pivot Table.

 

Jika data anda ialah data yang berulang, anda mampu mengautomasikan data anda supaya anda tidak perlu membuang masa merekodnya banyak kali.

 

Banyak lagi sebenarnya fungsi Excel ni, tapi yang paling penting sekali sila pastikan anda tidak menggunakan kalkulator ketika membuat pengiraan di dalam Excel.

 

Sekiranya anda menggunakan kalkulator ketika membuat pengiraan di dalam Excel, ini bermaksud anda bukan berada di tahap asas. Anda berada di bawah lagi dari asas. Mungkin kategori Zero knowledge.

 

Oleh itu, sekiranya anda rasa skil Microsoft Excel anda berada pada tahap asas maka anda boleh tingkatkan skil anda ke tahap intermediate dan advance dengan hadir ker training Microsoft Excel.

 

Training yang bagus ialah training yang dibimbing oleh trainer yang berpengalaman luas mengajar Excel di jabatan kerajaan dan juga korporat.

 

Ini kerana mereka faham apa amalan terbaik yang industri gunakan dan kehendaki. Kalau anda nak tingkatkan skil Excel anda, boleh klik sini.

 

Selain itu, majikan juga mencari pekerja yang mahir dalam berkomunikasi. Maksudnya anda boleh bertutur dan menulis dalam bahasa melayu dan english dengan baik.

 

Kalau anda lihat pada bahagian responsibilities anda juga mesti mahir menulis surat, email, memo, menyediakan report, menyediakan slide presentation dan juga pandai menganalisa data. Jika anda tidak mahir bab ini, anda boleh tingkatkan nilai diri anda dengan pergi ke kelas business writing skil.

 

A-attitude berwarna hijau

Dalam tawaran kerja ini majikan mencari seorang pekerja yang mempunyai skil pengurusan yang baik, seorang yang details, kreatif dan mampu berfikir untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

 

Pada bahagian responsibilities pula kita boleh faham majikan bukan saja mencari pekerja yang pandai mengurus, malah majikan juga mencari pekerja yang boleh dipercayai , yang boleh merancang dan menyusun perkara dengan teratur.

 

Apabila kita sudah kenalpasti K-S-A dalam tawaran kerja sebegini baru lah mudah untuk kita olah resume  mengikut kriteria yang menepati kehendak majikan.

 

Kesimpulannya, jadilah manusia yang bermanfaat. Tanamkan dalam diri, kita bekerja bukanlah semata-mata gaji, tetapi kita bekerja untuk memberi manfaat kepada majikan kita. Kita kaji dan fahami keperluan majikan, kemudian kita beri apa yang majikan perlu.

 

Dengan itu kita dapat memberi manfaat dan menyumbang kepada perkembangan syarikat. Syarikat yang berkembang maju dapat memayungi ramai pekerja yang berteduh di bawahnya.

 

 

P/S: Anda nak tingkatkan skil Excel anda? Klik sini untuk ketahui bagaimana Excel dapat meningkatkan kebolehpasaran anda dalam dunia pekerjaan yang penuh persaingan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments

Let Us Know If You Have Any Enquiries

Copyright ©2021 Sk Biz Solution Technology Sdn Bhd. All Rights Reserved