
Di Sk Biz Solution kami dapati ramai para pelajar dan graduan yang menyertai kelas Excel online yang kami anjurkan. Bila kami selidiki antara sebab mereka sertai kelas Excel adalah sebagai persediaan untuk mereka bekerja nanti.
Mereka faham yang skil menggunakan Excel ni adalah satu keperluan. Kita boleh lihat banyak majikan meletakan mahir menggunakan Excel sebagai syarat dalam iklan jawatan kosong mereka.
Jadi dengan belajar Microsoft Excel, mereka berharap dapat membantu mereka bersaing dalam dunia pekerjaan.
.
.
Masalah sukar mendapat pekerjaan dikalangan graduan ni bukanlah perkara yang baru. Ianya sudah lama.
Keadaan ini makin bertambah sukar apabila Covid-19 dan PKP melanda kita. Apabila ramai yang diberhentikan kerja dan ribuan graduan yang baru habis belajar saban tahun menjadikan persaingan untuk mendapat kerja itu lebih tinggi.
Oleh itu sebagai graduan apakah yang perlu kita buat supaya kita mudah mendapat tempat di alam pekerjaan nanti?
.
.
Mungkin konsep dan cara fikir ini boleh membantu — > “People don’t care about you, they care about them”
Manusia secara fitrahnya akan pentingkan diri mereka dahulu dalam membuat sesuatu perkara.
Kita akan fikir apa yang kita akan dapat? Kita akan fikir apa manfaat yang kita akan dapat? Kita akan fikir dan dahulu kan diri kita dulu berbanding orang lain.
Begitu juga dengan majikan atau syarikat yang anda nak mohon pekerjaan tu.
Majikan tak kisah pun pasal diri anda. Mereka tak kisah pun anda ada hantar resume kepada mereka. Mereka hanya kisah tentang mereka saja.
Oleh itu, apabila kita faham yang majikan tidak kisah pun pasal diri kita, sebagai pencari kerja kita mestilah buatkan mereka kisah tentang diri kita.
Bagaimana untuk kita buatkan majikan kisah pasal diri kita? Buatkan majikan beriya-iya mahu kita bekerja ditempat mereka?
.
.
Kita pergi ke konsep ke dua iaitu –>“People don’t care about you, until you care about them.”
Kita kena ambil kisah tentang mereka dahulu barulah mereka akan kisah pasal diri kita.
Bagaimana tu?
Kita ambil kisah dengan buat kajian mendalam tentang majikan yang kita nak kerja tu lah.
Kita tahu dan faham kenapa majikan mahu ambil pekerja? Apa masalah yang mahu diselesaikan oleh majikan dengan ambil pekerja ni? Apa matlamat yang mahu dicapai oleh majikan? Apa kriteria pekerja yang majikan mahu?
.
.
Kita kena faham majikan tidak akan suka-suka untuk ambil pekerja. Oleh itu, tentunya majikan ada masalah yang mahu diselesaikan dan matlamat yang mereka mahu capai apabila mereka iklankan jawatan kosong tersebut.
Apabila kita tahu dan faham semua perkara tersebut baru lah kita boleh fikirkan cara nak bantu majikan yang kita nak kerja tu.
Sekiranya kita mampu untuk tunjukan pada majikan yang kita boleh bantu dia untuk selesaikan masalah dan capai matlamat yang mereka mahu, pastinya majikan akan beriya-iya untuk kita bekerja di tempat mereka.
Ok, cuba hadam yang ini dulu. Kalau ada nak tanya boleh komen di bawah.