Apa beza kelas online dan offline?

Apa beza kelas online dan offline?

Mungkin ada yang masih tertanya apa beza kelas online dan offline? Kelas online ni berkesan ke? Boleh faham ke kalau hadir kelas online ni?

 

Soalan-soalan ini mungkin selalu berlegar diminda kita. Iyalah, perkara masih baru lagi.

 

Sebelum ini kalau nak belajar mesti kena datang ke kelas fizikal. Tapi sekarang kena datang ke kelas online pula. Masih belum biasa lagi.

 

Sebelum ini, memang kami di Sk Biz Solution banyak menjalankan kelas-kelas secara offline atau bersemuka. Pelajar perlu datang ke center kami di Shah Alam untuk hadir ke kelas kami.

 

Namun, sejak Covid-19 dan PKP melanda kita semua. Kita masih lagi tidak dibenarkan untuk menjalankan kelas secara fizikal.

 

Dan kerajaan sangat mengalakkan kami menjalankan latihan secara online.

 

Sudah tentu antara perbezaan yang ketara ialah dari segi medium pembelajaran.

 

Online menggunakan applikasi seperti Zoom, Google Meet, Microsoft Team dan Webex. Manakala offline kita terus bertemu secara bersemuka.

 

Antara kelebihan offline atau training secara bersemuka ni ialah kita mudah berinteraksi terus dengan trainer. Mudah untuk kita bersoal jawab dengan trainer.

 

Trainer pun nampak kita. Jadi trainer tahu lah sama ada kita faham atau tidak dengan melihat reaksi kita di dalam kelas.

 

Namun begitu, antara kekurangannya ialah ianya tiada rakaman video untuk kita ulangkaji.

 

Kita ni biasanya semasa dalam kelas kita rasa faham, tapi setelah kelas tamat kita lupa. Lagi-lagi kalau belajar benda baru.

Kita hanya boleh lihat balik nota saja. Penerangan dari trainer tu kita tidak ada.

 

Selain itu, bagi anda yang berada diluar kawasan Shah Alam (center kami di Shah Alam) kena datang travel jauh untuk hadir ke kelas. Ini akan meningkatkkan perbelanjaan anda.

 

Berbanding online, kita boleh hadir ke kelas dari mana saja kita berada asalkan ada talian internet. Jadi perbelanjaan akan berkurang di situ.

 

Selain itu, untuk kelas online ada rakaman video.

 

Setiap orang tak sama tahap dalam pembelajaran. Ada yang cepat dan ada yang lambat nak faham terutamanya bagi yang pemula.

 

Kita perlukan sedikit masa untuk faham dan hadam sesuatu topik tersebut.

 

Oleh itu, rakaman video amat membantu untuk golongan sebegini.

 

Kita boleh ulang lihat kembali apabila habis kelas. Kita boleh buat ulangkaji secara sendirian.

 

Tengok balik video-video rakaman. Kalau ada perkara yang kita lupa atau tak faham, kita boleh lihat video banyak kali sampai kita faham dan hadam dengan lumat.

 

Sebagai tambahan untuk kelas online ni kita ada 1 bulan support dari trainer.

 

Kalau kita ada sebarang pertanyaan kita boleh je terus whatsapp trainer untuk tanya. Mungkin masa dalam kelas kita tak sempat nak tanya atau malu nak tanya kan, so boleh la kita terus tanya trainer selepas kelas.

 

Kesimpulannya, online atau offline tidaklah penting sangat sebenarnya. Itu hanyalah medium untuk menyampaikan mesej.

 

Selagi kita boleh terima mesej yang disampaikan dan faham apa yang disampaikan itu sudah memadai. Jangan terlalu fokus pada perkara yang ranting sehingga kita lupa matlamat asal kita.

 

Matlamat kita ialah untuk perbaiki kemahiran Excel kita supaya kita dapat buat kerja dengan mudah.

 

Ada je orang yang tak pergi kelas pun, mereka hanya baca buku dan ikuti video-video tutorial di YouTube dah cukup untuk mereka.

 

Kelas online, offline, YouTube, baca buku, tanya kawan-kawan itu hanya cara atau jalan untuk sampai ke matlamat kita iaitu mahir dalam Excel.

 

Jadi terpulang lah pada diri kita untuk pilih mana yang sesuai. Jangan lama-lama sangat fikir sehingga kerja tak jalan.

 

Pilih satu keputusan dan jalan terus.

 

Kelas Excel online kita akan bermula dalam masa 5 hari lagi. Kalau anda nak belajar Excel secara formal dengan bimbingan trainer yang bertauliah boleh klik link di bawah.

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Email
Recent Comments

Let Us Know If You Have Any Enquiries

Copyright ©2021 Sk Biz Solution Technology Sdn Bhd. All Rights Reserved