Bagaimana membuat keputusan yang betul
Setiap hari kita membuat banyak keputusan. Nak pakai baju apa? Nak memasak apa hari ini? Nak pergi kerja naik apa? dan sebagainya.
Ada keputusan yang kalau salah tidak jadi apa, sebab impaknya kecil seperti salah pilih pakai baju, salah pilih jalan.
Namun ada keputusan yang impaknya besar kalau kita salah memilih contohnya dalam bisnes. Kita akan mengalami kerugian ribuan ringgit atau mungkin lebih dari itu sekiranya kita salah membuat keputusan.
Jadi bagaimana nak buat keputusan yang betul?
Salah satu cara untuk kita buat keputusan yang betul ialah dengan kita menganalisa data-data yang kita ada. Daripada data-data ini kita boleh dapatkan maklumat-maklumat yang penting yang membantu kita membuat keputusan yang betul di masa akan datang.
Lagi banyak data yang kita ada, lagi ia membantu kita dalam membuat keputusan dengan betul. Sebab itulah penting untuk kita simpan dan urus data kita dengan teratur. Sebagai contoh, kita lihat 2 situasi di bawah.
Situasi 1 – di bahagian jualan.
Ada banyak data dalam bahagian jualan ni, antaranya ialah data pelanggan yang telah membeli dengan kita. Daripada data itu, kita akan tahu:-
1. Berapa jumlah pelanggan yang membeli dengan kita untuk setahun?
2. Produk apakah yang sangat laku pada tahun tersebut?
3. Daripada jumlah pelanggan dan produk yang laku ini kita tahu sama ada kempen promosi yang kita jalankan berkesan atau tidak?
4. Perlukah kita laburkan lagi duit untuk tingkatkan promosi jualan tersebut? Atau, kita tidak perlu lagi laburkan lagi duit untuk promosi, kita perlu tukar cara promosi kita?
Situasi 2 – di sekolah
Biasanya sebagai guru besar sekolah kita ada senarai data markah murid-murid yang menghadapi peperiksaan.
1. Dari data tersebut kita tahu mata pelajaran manakah yang ramai murid lemah?
2. Kelas manakah yang perlu diberi perhatian lebih?
3. Dari data itu juga kita tahu mata pelajaran manakah yang perlu ditingkatkan peratus lulus?
Dan banyaklah lagi maklumat yang boleh ditarik keluar dari data-data tersebut. Semua soalan-soalan di atas kita boleh jawab dengan mudah apabila melihat data-data yang dibentangkan.
Kita boleh lihat trend data dan pattern data. Lagi banyak data yang kita ada lagi mudah untuk kita buat keputusan yang betul.
Namun begitu, apabila data kita terlalu banyak pula biasanya kita akan menghadapi masalah untuk menguruskan data dengan teratur dan menganalisis data tersebut.
Bayangkan kita 1000 row dan 50 column data?
Bukan senang kita nak tengok data – data tersebut.
Apatah lagi untuk menganalisis data tersebut, lagilah susah.
Tak kan kita nak tengok satu – satu data tersebut setiap row dan column? Tak kan kita nak kira guna kalkulator setiap data tersebut?
Tak mampu kita nak buat semua ini secara manual.
Maka itulah sebabnya kita menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menguruskan data yang besar tu. Ada banyak fungsi yang kita boleh gunakan di dalam Excel, dan ianya bergantung pada objektif kita.
Antara fungsi yang anda boleh cuba untuk menganalisa data anda yang besar itu ialah PivotTable. PivotTable adalah satu fungsi di dalam Excel yang meringkaskan data-data kita dengan hanya drag & drop saja.
Dengan itu , ianya memudahkan kita untuk menganalisa data dengan pantas.
Ianya juga memudahkan kita untuk menyediakan report yang mudah dilihat oleh bos kita. Sangat rugi bagi sesiapa yang tidak menggunakan fungsi PivotTable ini.
Anda nak belajar lebih mendalam tentang fungsi yang hebat ini?
Sertai kelas Excel yang akan datang ini. Belajar secara formal, langkah demi langkah dengan trainer yang berpengalaman selama lebih 20 tahun mengajar dijabatan korporat dan kerajaan. Penyampaian yang simple dan mudah difahami. Hubungi Sk Biz Solution untuk maklumat lanjut tentang kelas.






Recent Comments