Kenapa juruakaun sangat memerlukan perisian Excel

Kenapa juruakaun sangat memerlukan perisian Excel

Jabatan akaun adalah antara jabatan yang sangat penting dalam sesebuah syarikat atau organisasi. Ia berperanan bagi memastikan kewangan syarikat diurus dengan baik.

Jika jabatan jualan dan pemasaran penting untuk membawa duit masuk ke akaun syarikat, maka jabatan akaun penting untuk memastikan duit di dalam akaun syarikat dijaga dengan baik supaya ia tidak bocor pada tempat yang tidak diperlukan.

Antara tugas juruakuan ialah mengenalpasti dan menyusun segala aliran duit keluar masuk, membuat anggaran belanjawan dan penyata belanjawan.

Ini semua memerlukan kemahiran dalam menganalisa data dan nombor untuk membuat keputusan kukuh berdasarkan pengetahuan juruakaun terbabit.
.
.
“Data analysis” atau analisa data adalah proses menyusun, meringkas, mengenalpasti, menyiasat dan mentafsir data-data dari pelbagai sumber yang ada.

Tujuan utama analisa data ialah untuk mendapatkan keputusan yang betul dalam membuat sebarang tindakan dalam business.

Dalam proses menganalisa data semestinya banyak soalan-soalan yang perlu dijawab oleh si penganalisa. Dan jawapan-jawapan ini boleh di dapati dari ribuan data yang ada.

Contohnya untuk juru akaun, antara soalan yang mahu di jawab ialah:-

1) Berapakah jumlah duit yang keluar dari akaun syarikat?
2) Berapakah jumlah duit yang masuk ke dalam akaun syarikat?
3) Adakah syarikat untung ataupun rugi?
4) Berapakah keuntungan atau kerugian syarikat?
5) Berapakah cukai yang perlu dibayar?

Dan sebagainya lah.

Kesemua soalan di atas dapat dijawab dengan menganalisa data-data berkaitan yang ada di dalam syarikat. Ianya mungkin melibatkan ribuan data.

Jumlah data sangat bergantung kepada saiz syarikat dan jumlah transaksi yang berlaku. Lagi besar syarikat, lagi banyak transaksi yang berlaku maka lagi besar data yang terlibat.
.
.
Disebabkan itu, juruakaun memerlukan tools atau perisian yang bagus untuk membantu mereka menguruskan data-data ini.

Antara tools atau perisian yang mudah digunakan dan mampu milik ialah perisian Microsoft Excel. Microsoft Excel ni memang sudah tersedia di dalam komputer kita.

Tapi masalahnya tak ramai yang mahir menggunakannya. Sebenarnya banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita tahu menggunakannya.
.
.
Untuk juruakuan biasanya mereka sudah ada software akaun sendiri untuk menyimpan data-data mereka.

Namun begitu, ramai juruakaun akan meng eksport data mereka ke dalam Excel apabila mahu menganalisa data-data mereka. Ini kerana fitur di dalam Excel lebih fleksibel berbanding perisian akaun tersebut.

Biasanya perisian akaun ini datang dalam bentuk yang standard. Ia hanya menawarkan fitur atau fungsi yang asas saja.

Fungsi yang asas ini sesuai untuk kita melakukan simple analysis. Maksudnya kita hanya menganalisa data yang asas saja.

Tapi kalau nak menganalisa data secara mendalam kita perlu eksport ke dalam Excel kerana fitur di dalam Excel yang lebih mudah dan fleksibel digunakan.
.
.
Antaranya ialah fitur Pivot Table.

Pivot table memudahkan anda untuk menyiasat dengan lebih mendalam “drill down” ke dalam ribuan data untuk mendapatkan jawapan dari soalan yang perlu dijawab ketika proses menganalisa data.

Bayangkan anda ada 1000 row data, bukan senang nak tengok dan cari data satu-satu secara manual.

Tapi dengan Pivot Table anda boleh ringkaskan dan kenalpasti data yang dikehendaki dengan hanya beberapa klik saja.

Anda mampu mengubah data dalam apa jua bentuk atau perspektif yang anda mahu tanpa mengubah format data yang asal.

Sekiranya anda dikehendaki untuk membentangkan data atau laporan tersebut kepada bos anda, anda boleh tukarkan data-data tersebut kedalam bentuk chart atau dashboard.

Anda boleh untuk tunjukan data-data yang berkaitan saja kepada bos anda. Jadi tak perlu la bos anda scan satu persatu ribuan data anda tu.

Ianya lebih mudah dilihat dan difahami. Sebab biasanya bos-bos ini mereka tiada masa nak lihat ribuan data tersebut. Mereka hanya mahu lihat ringkasan dan laporan data tu saja.
.
.
Sebenarnya ada banyak lagi fitur dan formula di dalam Excel yang sangat membantu dan memudahkan juru akuan dalam membuat kerja-kerja harian mereka.

Jadi untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan Excel ni, kami jemput anda untuk hadir 10 sesi kelas malam Excel yang akan berjalan secara online.

Anda akan dibimbing oleh Cikgu Naza, seorang trainer yang berpengalaman lebih 20 tahun mengajar Excel di jabatan kerajaan dan swasta.

Ramai juruakaun dan juru analisa yang dapat manfaat dari kelas Excel Cikgu Naza.

Nak join kelas ini?

Sila klik sini — http://bit.ly/3pjsipJ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Email
Recent Comments

Let Us Know If You Have Any Enquiries

Copyright ©2021 Sk Biz Solution Technology Sdn Bhd. All Rights Reserved

Sukar dapat kerja? Cara ini mungkin boleh membantu anda.

Sukar dapat kerja? Cara ini mungkin boleh membantu anda.

Di Sk Biz Solution kami dapati ramai para pelajar dan graduan yang menyertai kelas Excel online yang kami anjurkan. Bila kami selidiki antara sebab mereka sertai kelas Excel adalah sebagai persediaan untuk mereka bekerja nanti.

Mereka faham yang skil menggunakan Excel ni adalah satu keperluan. Kita boleh lihat banyak majikan meletakan mahir menggunakan Excel sebagai syarat dalam iklan jawatan kosong mereka.

Jadi dengan belajar Microsoft Excel, mereka berharap dapat membantu mereka bersaing dalam dunia pekerjaan.
.
.
Masalah sukar mendapat pekerjaan dikalangan graduan ni bukanlah perkara yang baru. Ianya sudah lama.

Keadaan ini makin bertambah sukar apabila Covid-19 dan PKP melanda kita. Apabila ramai yang diberhentikan kerja dan ribuan graduan yang baru habis belajar saban tahun menjadikan persaingan untuk mendapat kerja itu lebih tinggi.

Oleh itu sebagai graduan apakah yang perlu kita buat supaya kita mudah mendapat tempat di alam pekerjaan nanti?
.
.
Mungkin konsep dan cara fikir ini boleh membantu — > “People don’t care about you, they care about them”

Manusia secara fitrahnya akan pentingkan diri mereka dahulu dalam membuat sesuatu perkara.

Kita akan fikir apa yang kita akan dapat? Kita akan fikir apa manfaat yang kita akan dapat? Kita akan fikir dan dahulu kan diri kita dulu berbanding orang lain.

Begitu juga dengan majikan atau syarikat yang anda nak mohon pekerjaan tu.

Majikan tak kisah pun pasal diri anda. Mereka tak kisah pun anda ada hantar resume kepada mereka. Mereka hanya kisah tentang mereka saja.

Oleh itu, apabila kita faham yang majikan tidak kisah pun pasal diri kita, sebagai pencari kerja kita mestilah buatkan mereka kisah tentang diri kita.

Bagaimana untuk kita buatkan majikan kisah pasal diri kita? Buatkan majikan beriya-iya mahu kita bekerja ditempat mereka?
.
.
Kita pergi ke konsep ke dua iaitu –>“People don’t care about you, until you care about them.”

Kita kena ambil kisah tentang mereka dahulu barulah mereka akan kisah pasal diri kita.

Bagaimana tu?

Kita ambil kisah dengan buat kajian mendalam tentang majikan yang kita nak kerja tu lah.

Kita tahu dan faham kenapa majikan mahu ambil pekerja? Apa masalah yang mahu diselesaikan oleh majikan dengan ambil pekerja ni? Apa matlamat yang mahu dicapai oleh majikan? Apa kriteria pekerja yang majikan mahu?
.
.
Kita kena faham majikan tidak akan suka-suka untuk ambil pekerja. Oleh itu, tentunya majikan ada masalah yang mahu diselesaikan dan matlamat yang mereka mahu capai apabila mereka iklankan jawatan kosong tersebut.

Apabila kita tahu dan faham semua perkara tersebut baru lah kita boleh fikirkan cara nak bantu majikan yang kita nak kerja tu.

Sekiranya kita mampu untuk tunjukan pada majikan yang kita boleh bantu dia untuk selesaikan masalah dan capai matlamat yang mereka mahu, pastinya majikan akan beriya-iya untuk kita bekerja di tempat mereka.

Ok, cuba hadam yang ini dulu. Kalau ada nak tanya boleh komen di bawah.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Email
Recent Comments

Let Us Know If You Have Any Enquiries

Copyright ©2021 Sk Biz Solution Technology Sdn Bhd. All Rights Reserved

Bagaimana membuat keputusan yang betul

Bagaimana membuat keputusan yang betul

Setiap hari kita membuat banyak keputusan. Nak pakai baju apa? Nak memasak apa hari ini? Nak pergi kerja naik apa? dan sebagainya.

Ada keputusan yang kalau salah tidak jadi apa, sebab impaknya kecil seperti salah pilih pakai baju, salah pilih jalan.

 

Namun ada keputusan yang impaknya besar kalau kita salah memilih contohnya dalam bisnes. Kita akan mengalami kerugian ribuan ringgit atau mungkin lebih dari itu sekiranya kita salah membuat keputusan.

Jadi bagaimana nak buat keputusan yang betul?

 

Salah satu cara untuk kita buat keputusan yang betul ialah dengan kita menganalisa data-data yang kita ada. Daripada data-data ini kita boleh dapatkan maklumat-maklumat yang penting yang membantu kita membuat keputusan yang betul di masa akan datang.

 

Lagi banyak data yang kita ada, lagi ia membantu kita dalam membuat keputusan dengan betul. Sebab itulah penting untuk kita simpan dan urus data kita dengan teratur. Sebagai contoh, kita lihat 2 situasi di bawah.

 

Situasi 1 – di bahagian jualan.

Ada banyak data dalam bahagian jualan ni, antaranya ialah data pelanggan yang telah membeli dengan kita. Daripada data itu, kita akan tahu:-

1. Berapa jumlah pelanggan yang membeli dengan kita untuk setahun?

2. Produk apakah yang sangat laku pada tahun tersebut?

3. Daripada jumlah pelanggan dan produk yang laku ini kita tahu sama ada kempen promosi yang kita jalankan berkesan atau tidak?

4. Perlukah kita laburkan lagi duit untuk tingkatkan promosi jualan tersebut? Atau, kita tidak perlu lagi laburkan lagi duit untuk promosi, kita perlu tukar cara promosi kita?

Situasi 2 – di sekolah

Biasanya sebagai guru besar sekolah kita ada senarai data markah murid-murid yang menghadapi peperiksaan.

1. Dari data tersebut kita tahu mata pelajaran manakah yang ramai murid lemah?

2. Kelas manakah yang perlu diberi perhatian lebih?

3. Dari data itu juga kita tahu mata pelajaran manakah yang perlu ditingkatkan peratus lulus?

 

Dan banyaklah lagi maklumat yang boleh ditarik keluar dari data-data tersebut. Semua soalan-soalan di atas kita boleh jawab dengan mudah apabila melihat data-data yang dibentangkan.

 

Kita boleh lihat trend data dan pattern data. Lagi banyak data yang kita ada lagi mudah untuk kita buat keputusan yang betul.

 

Namun begitu, apabila data kita terlalu banyak pula biasanya kita akan menghadapi masalah untuk menguruskan data dengan teratur dan menganalisis data tersebut.

 

Bayangkan kita 1000 row dan 50 column data?
Bukan senang kita nak tengok data – data tersebut.

Apatah lagi untuk menganalisis data tersebut, lagilah susah.
Tak kan kita nak tengok satu – satu data tersebut setiap row dan column? Tak kan kita nak kira guna kalkulator setiap data tersebut?
Tak mampu kita nak buat semua ini secara manual.

 

Maka itulah sebabnya kita menggunakan perisian Microsoft Excel untuk menguruskan data yang besar tu. Ada banyak fungsi yang kita boleh gunakan di dalam Excel, dan ianya bergantung pada objektif kita.

 

Antara fungsi yang anda boleh cuba untuk menganalisa data anda yang besar itu ialah PivotTable. PivotTable adalah satu fungsi di dalam Excel yang meringkaskan data-data kita dengan hanya drag & drop saja.

Dengan itu , ianya memudahkan kita untuk menganalisa data dengan pantas.

 

Ianya juga memudahkan kita untuk menyediakan report yang mudah dilihat oleh bos kita. Sangat rugi bagi sesiapa yang tidak menggunakan fungsi PivotTable ini.

Anda nak belajar lebih mendalam tentang fungsi yang hebat ini?

Sertai kelas Excel yang akan datang ini. Belajar secara formal, langkah demi langkah dengan trainer yang berpengalaman selama lebih 20 tahun mengajar dijabatan korporat dan kerajaan. Penyampaian yang simple dan mudah difahami. Hubungi Sk Biz Solution untuk maklumat lanjut tentang kelas.

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Email
Recent Comments

Let Us Know If You Have Any Enquiries

Copyright ©2021 Sk Biz Solution Technology Sdn Bhd. All Rights Reserved

Apa beza kelas online dan offline?

Apa beza kelas online dan offline?

Mungkin ada yang masih tertanya apa beza kelas online dan offline? Kelas online ni berkesan ke? Boleh faham ke kalau hadir kelas online ni?

 

Soalan-soalan ini mungkin selalu berlegar diminda kita. Iyalah, perkara masih baru lagi.

 

Sebelum ini kalau nak belajar mesti kena datang ke kelas fizikal. Tapi sekarang kena datang ke kelas online pula. Masih belum biasa lagi.

 

Sebelum ini, memang kami di Sk Biz Solution banyak menjalankan kelas-kelas secara offline atau bersemuka. Pelajar perlu datang ke center kami di Shah Alam untuk hadir ke kelas kami.

 

Namun, sejak Covid-19 dan PKP melanda kita semua. Kita masih lagi tidak dibenarkan untuk menjalankan kelas secara fizikal.

 

Dan kerajaan sangat mengalakkan kami menjalankan latihan secara online.

 

Sudah tentu antara perbezaan yang ketara ialah dari segi medium pembelajaran.

 

Online menggunakan applikasi seperti Zoom, Google Meet, Microsoft Team dan Webex. Manakala offline kita terus bertemu secara bersemuka.

 

Antara kelebihan offline atau training secara bersemuka ni ialah kita mudah berinteraksi terus dengan trainer. Mudah untuk kita bersoal jawab dengan trainer.

 

Trainer pun nampak kita. Jadi trainer tahu lah sama ada kita faham atau tidak dengan melihat reaksi kita di dalam kelas.

 

Namun begitu, antara kekurangannya ialah ianya tiada rakaman video untuk kita ulangkaji.

 

Kita ni biasanya semasa dalam kelas kita rasa faham, tapi setelah kelas tamat kita lupa. Lagi-lagi kalau belajar benda baru.

Kita hanya boleh lihat balik nota saja. Penerangan dari trainer tu kita tidak ada.

 

Selain itu, bagi anda yang berada diluar kawasan Shah Alam (center kami di Shah Alam) kena datang travel jauh untuk hadir ke kelas. Ini akan meningkatkkan perbelanjaan anda.

 

Berbanding online, kita boleh hadir ke kelas dari mana saja kita berada asalkan ada talian internet. Jadi perbelanjaan akan berkurang di situ.

 

Selain itu, untuk kelas online ada rakaman video.

 

Setiap orang tak sama tahap dalam pembelajaran. Ada yang cepat dan ada yang lambat nak faham terutamanya bagi yang pemula.

 

Kita perlukan sedikit masa untuk faham dan hadam sesuatu topik tersebut.

 

Oleh itu, rakaman video amat membantu untuk golongan sebegini.

 

Kita boleh ulang lihat kembali apabila habis kelas. Kita boleh buat ulangkaji secara sendirian.

 

Tengok balik video-video rakaman. Kalau ada perkara yang kita lupa atau tak faham, kita boleh lihat video banyak kali sampai kita faham dan hadam dengan lumat.

 

Sebagai tambahan untuk kelas online ni kita ada 1 bulan support dari trainer.

 

Kalau kita ada sebarang pertanyaan kita boleh je terus whatsapp trainer untuk tanya. Mungkin masa dalam kelas kita tak sempat nak tanya atau malu nak tanya kan, so boleh la kita terus tanya trainer selepas kelas.

 

Kesimpulannya, online atau offline tidaklah penting sangat sebenarnya. Itu hanyalah medium untuk menyampaikan mesej.

 

Selagi kita boleh terima mesej yang disampaikan dan faham apa yang disampaikan itu sudah memadai. Jangan terlalu fokus pada perkara yang ranting sehingga kita lupa matlamat asal kita.

 

Matlamat kita ialah untuk perbaiki kemahiran Excel kita supaya kita dapat buat kerja dengan mudah.

 

Ada je orang yang tak pergi kelas pun, mereka hanya baca buku dan ikuti video-video tutorial di YouTube dah cukup untuk mereka.

 

Kelas online, offline, YouTube, baca buku, tanya kawan-kawan itu hanya cara atau jalan untuk sampai ke matlamat kita iaitu mahir dalam Excel.

 

Jadi terpulang lah pada diri kita untuk pilih mana yang sesuai. Jangan lama-lama sangat fikir sehingga kerja tak jalan.

 

Pilih satu keputusan dan jalan terus.

 

Kelas Excel online kita akan bermula dalam masa 5 hari lagi. Kalau anda nak belajar Excel secara formal dengan bimbingan trainer yang bertauliah boleh klik link di bawah.

 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Email
Recent Comments

Let Us Know If You Have Any Enquiries

Copyright ©2021 Sk Biz Solution Technology Sdn Bhd. All Rights Reserved

PKP lagi:- Apa nak buat kalau anda terkesan?

PKP lagi:- Apa nak buat kalau anda terkesan?

Kerajaan dah umum PKP lagi. Mungkin ada yang tak terkesan dengan PKP ni. tapi ramai juga yang kita lihat amat terkesan di luar sana. Panik, risau, bimbang semua ada. Bercampur baur.

Bagi yang terkesan dan risau dengan PKP ni apa yang perlu anda buat?

Perkara ni saya dah pernah alami masa mula-mula PKP di jalankan pada tahun lepas.

Saya pun dulu panik dan risau juga dulu. Iyalah, pertama kali PKP kan?

Tiba-tiba diperintah duduk rumah, virus berjangkit di sana sini, tak boleh nak kemana-mana, tak boleh nak buka perniagaan.

Kalau tak boleh buka perniaagan, macam mana nak bayar sewa dan bayar pekerja kan?

Ditambah lagi, banyak kelas-kelas saya yang terpaksa ditangguh. Peserta dah ramai mendaftar lagi la saya panik dan risau.

Selama hidup ni mana pernah berdepan dengan situasi begini.
Itu yang berlaku panik sana sini tu.
.
.
Tapi syukur sangat, saya dapat on track dan dapat kawal semua kerisauan apabila buat beberapa perkara masa tu.

Ini perkara yang saya buat hari tu. Mungkin boleh dipraktikan bagi anda yang terkesan.
.
.
=======
1. Bertenang.
=======

Perkara pertama saya buat ialah ambil masa untuk bertenang. Ambil nafas dalam-dalam dan hembus beberapa kali.

Orang yang tenang selalu menang. Jangan terlalu turutkan sangat kerisauan tersebut.

Apabila kita terlalu risau, gelabah tak tentu hala, ia akan menyebabkan otak kita “Jem”, “stuck” tak boleh nak berfikir dengan rasional. Jangan ikutkan sangat emosi tu.

Tenang…..Rileks……..

Saya duduk di tempat yang tiada orang, saya rileks dan tidak fikir langsung apa yang sedang terjadi buat sementara.
.
.
=====
2. Tulis
=====

Kemudian, bila dah rasa tenang, otak dah rileks dan tak serabut, saya ambil kertas A4 atau kertas kosong dan pen. Saya mula tulis dan bercakap dengan diri sendiri.

Apa yang perlu di tulis?

*Tulis dengan jelas apa yang anda risau sangat ni?

*Apa punca yang anda risau sangat ini?

*Teruk sangat ke perkara yang berlaku ini?

*Kalau tak selesai masalah ini, apa perkara paling buruk akan berlaku?

*Apa perkara yang boleh dibuat untuk selesaikan kerisauan ini?

*Bagaimana nak selesaikan masalah ini?

*Apa satu perkara yang boleh dibuat untuk selesaikan masalah aku ini?

Tulis jawapan-jawapan pada soalan-soalan di atas tu.

*** TIPS – Terus tulis apa sahaja yang perkara yang terfikir di dalam kepala anda. Jangan berhenti, tulis je. Jangan kisah logik atau tidak perkara yang anda tulis itu.

Just tulis, keluarkan semua apa yang terkandung dalam fikiran atau hati kecil anda. Tulis seberapa banyak yang anda suka.
.
.
Contoh:-

Macam saya hari tu, saya jalankan bisnes latihan. Saya banyak anjurkan latihan IT untuk syarikat-syarikat swasta dan juga kerajaan.

Jadi bila berlaku je Covid-19 dan PKP, habis semua kelas-kelas saya ditangguhkan.

Jadi saya tulis senarai kerisauan saya.

Saya jangkakan perkara ini akan berlarutan selama 6 bulan, jadi 6 bulan saya tak boleh nak buka kelas. 6 bulan tiada income.

Macam mana nak bayar pekerja? Macam mana nak bayar sewa ofis? Macam mana nak bayar itu? Nak bayar ini?

Kerisauan saya ialah cukup ke duit ni untuk bayar semua perbelanjaan syarikat?

Kemudian apa yang saya buat?

Saya tulis lagi.

Saya tulis senarai komitmen yang perlu dibayar setiap bulan.

Dari senarai itu, saya lihat pula perbelanjaan mana yang boleh dikurangkan, mana yang boleh dipotong, mana yang boleh di tangguhkan.

Dan Alhamdulillah, bila buat begitu, saya boleh lihat dengan lebih jelas.

Rupanya dengan simpanan yang ada saya masih boleh bertahan untuk tempoh 6 bulan. Ok settle bab tu.

Dah kurang sikit risau tu.

Kemudian, saya tulis lagi.

Saya kena cari solusi untuk dapatkan income masuk pula.

Saya fikir dalam-dalam, saya buat carian di internet, saya fikir lagi.
Saya tulis semua idea yang saya dapat.
.
.
Tiba-tiba. Ok, ini magik yang berlaku.

Saya dapat idea untuk buat kelas secara online. Saya jalankan terus.

Dan hasilnya, Alhamdulillah, saya dapat survive hingga hari ini.

Mungkin anda yang membaca ini pun sudah pernah hadir kelas online anjuran saya.
.
.
Point yang penting di sini ialah.

Kita tak boleh nak kawal Covid-19, PKP, etc.

Tapi kita boleh kawal diri kita.
Kita boleh kawal bagaimana kita respon dengan krisis yang melanda.

Komplain, risau, panik, duduk saja tidak akan membuka minda. Tidak akan mengubah apa-apa.

Aktiviti yang saya kongsi di atas tu, akan bantu kita untuk berfikir dengan lebih dalam untuk cari solusi.

Tenang, fikir, tulis dan bertindak.

Tips berfikir:- Fikir dalam-dalam, jangan mudah berpuashati dengan jawapan-jawapan yang surface, fikir dalam-dalam.

Pilihan di tangan kita.

Bagi yang terkesan cubalah.

Semoga bermanfaat.

~ Shah

#skbizsolution
#onestoptrainingcenter
#onlineclass
#microsoftoffice

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Email
Recent Comments

Let Us Know If You Have Any Enquiries

Copyright ©2021 Sk Biz Solution Technology Sdn Bhd. All Rights Reserved